Jumaat, 29 November 2013

Nilai Kami Datang

Teks : Siti Nadzifah

Hari ini kami akan bertolak ke Nilai. Tapi sebelum itu kami akan pergi rewang di rumah pengantin sekali lagi. Rasa bersalah kerana tidak dapat hadir ke majlis membuatkan kami seboleh-bolehnya membantu ketika rewang.

Kami ke rumah pengantin selepas bersarapan dan mengemaskan barang-barang yang akan dibawa semasa bercuti. Sementara itu, umi bersama seorang adik lelaki saya sudah selamat sampai ke Nilai dan akan ke homestay terlebih dahulu.
Kami bertolak ke Nilai selepas encik suami balik dari menunaikan solat jumaat dan berehat sekejap.

Khamis, 28 November 2013

Percutian Bermula

Teks : Siti Nadzifah
 
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semalam kami sudah mula bercuti dan pulang ke kampung suami terlebih dahulu. Kemudian kami akan ke Nilai dan terus ke Kelantan. Jadual cuti panjang kami kali ini memang agak padat dengan pelbagai aktiviti.

Sesudah makan tengahari dan menunaikan solat, kami ke rumah sepupu encik suami yang akan mengadakan kenduri untuk 'rewang' bersama keluarga dan jiran sekampung.

Sesampainya di rumah pengantin, saya ditugaskan untuk membantu menghias pelamin memandangkan tuan punya majlis membuat pelamin sendiri. Erk, pandai ke saya nak menghias pelamin ni? Cuba je lah kan. Hehe.

10 ciri blog berpengaruh

Teks : Siti Nadzifah
Sumber : E-Book Asas Blog dan Penulisan
 
Rujukan Utama Kelas Asas Blog


Blog yang dikategorikan sebagai blog yang berpengaruh seharusnya bersifat seperti di bawah:
  1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
  2. Sentiasa ada entri baru dan segar
  3. Entri penyelesai masalah
  4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
  5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
  6. Blog yang menjadi rujukan khusus 
  7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
  8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
  9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
  10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
         (Sumber: E-book Asas Blog dan penulisan edisi kemaskini.)

Rabu, 27 November 2013

Spesifikasi Gambar Bagi Memohon Pasport Antarabangsa Malaysia

Teks : Siti Nadzifah
Rujukan : Laman Web Jabatan Imigresen Malaysia

Antara syarat paling penting semasa permohonan pasport ialah anda perlu menyediakan gambar berukuran pasport. Mungkin ada antara kita yang kurang pasti tentang spesifikasi gambar yang sepatutnya dan menepati syarat bagi memohon pasport. 

Bagi memudahkan proses dan menjimatkan masa, semak dahulu spesifikasi gambar yang telah ditetapkan oleh pihak Imigresen. Ini akan membantu mempercepatkan proses dan dapat mengelakkan anda mengalami kerugian jika tersalah membawa gambar yang tidak menepati syarat. 

Kelas Asas Blog Dan Penulisan


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?


Masih tertanya-tanya tentang apa yang anda akan pelajari dari Kelas Asas Blog dan Penulisan? Di sini saya kongsikan sedikit ringkasan mengenai kelas ini daripada pengasas Akademi Bekerja di Rumah, Puan Masayu Ahmad.


Dengan menyertai kelas ini, anda akan belajar:

Selasa, 26 November 2013

Kelas Asas Blog Dan Fanpage (Bisnes)

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)?




Masih tertanya-tanya tentang apa yang anda akan pelajari dari Kelas Asas Blog dan Fanpage (Bisnes)? Di sini saya kongsikan sedikit ringkasan mengenai kelas ini daripada pengasas Akademi Bekerja di Rumah, Puan Masayu Ahmad.

Dengan menyertai kelas ini, anda akan dapat:

Isnin, 25 November 2013

Resepi Sup Telur - Simple, Berkhasiat, Sedap

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah


Hari ni masak simple je. Guna apa yang ada kat rumah je. Jangan risau kalau kehabisan barang dapur. Yang penting bahan-bahan asas ada. Ada telur, bawang dan halia pun dah boleh hasilkan masakan yang simple dan enak. Jom tengok resepi kat bawah.

Hari Ni Dah Gaji!

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.

25 haribulan. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh hampir semua penjawat awam seperti saya. Setelah hampir dua bulan berhempas pulas menguruskan perbelanjaan dengan sebaik mungkin kerana gaji bulan lepas yang terlalu awal.

Mungkin ada di antara kita yang tidak tergugat dengan keadaan ini, namun begitu, saya rasa terlalu ramai yang kecundang dalam pengurusan wang gaji mereka dalam situasi begini. Begitu juga saya, orang kata kalau duit sudah di tangan, faham-faham sahajalah kan.

Ahad, 24 November 2013

Resepi Menggunakan Tepung Magik

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah
https://www.facebook.com/tepungmagikmama

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar semua?

Hari ini saya tidak sempat hendak berceloteh panjang. Tugasan suri yang bertimbun menunggu giliran untuk diselesaikan satu persatu. Tugasan membasuh dan melipat sudah beres. Alhamdulillah. Cuma basuhan terakhir tadi belum kering, terpaksalah menunggu esok atau hari off depan untuk disiapkan. Sementara yang lainnya hanya menunggu untuk dimasukkan ke dalam beg sahaja.

Esok bermula syif terakhir saya sebelum mula bercuti. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menempah sebuah homestay di Nilai yang berdekatan dengan USIM bagi penginapan kami selama dua malam di sana. Syukur, Allah permudahkan urusan kami.

Sabtu, 23 November 2013

Senarai Tugasan Membantu Tugas Suri

Teks : Siti Nadzifah

Alhamdulillah.

Tamat tugas malam di hujung minggu ini disambut dengan hujan renyai yang mendamaikan. Walaupun suasana indah permai ini dicemari oleh pelbagai pencemaran udara dan bunyi yang agak melemaskan, namun saya tetap gembira kerana hari ini saya sudah 'off'.

Sambil menunggu encik suami datang menjemput, sempatlah saya berceloteh sedikit di pagi hari ni. Sudah terbayang-bayang katil dan bantal di rumah. Sedapnya tidur hujan-hujan begini. Harapnya tidak terlajaklah, banyak tugasan yang menunggu untuk diselesaikan. Tinggal satu syif sahaja lagi untuk mula bercuti panjang.

Maknanya saya kena siapkan serba sedikit keperluan yang hendak dibawa semasa bercuti nanti. Rumah pun kenalah dikemaskan juga sebelum ditinggalkan selama hampir dua minggu bercuti. Banyak juga tugasan yang menanti saya ni. Nampaknya saya kena merancang senarai tugasan bagi memudahkan saya menguruskan semuanya nanti.

Jumaat, 22 November 2013

Tak Sabar Hendak Bercuti

Teks : Siti Nadzifah

Salam Jumaat buat semua sahabat.

Sudah beberapa hari saya tidak berceloteh di sini. Hanya sempat mengemaskini blog sahaja serba sedikit. Ada yang rindu saya tak? Hehe. Perasan pula saya kan. Sebenarnya, hati ini sangat rindu untuk berkongsi cerita dan ilmu di sini. Namun apakan daya, tahap ketahanan badan mental dan fizikal tidak mengizinkan.

Tidak sabar rasanya menunggu hujung bulan ini. Setiap hari yang berlalu dirasakan sangat perlahan. Mungkin ada yang fikir, tunggu hari gaji lah tu. Iyalah, gaji kerajaan bulan lepas kan terlalu awal manakala bulan ini pula gaji seperti biasa. Terlalu jauh jaraknya. Seolah-olah dua bulan tidak bergaji. Mungkin juga ada sesetengah rakan sejawat yang sudah "kering" poketnya kan? Tapi bagi yang bijak menguruskan wang gaji mereka pula mungkin tidak terlalu terkesan dengan keadaan ini.

Ya, siapa yang tidak tertunggu-tunggu hari dapat duit gaji kan. Tidak kiralah kerja kerajaan atau swasta. Cuma orang yang  bekerja sendiri sahaja boleh aturkan bila-bila mereka hendak dapat gaji. Begitu juga saya. Memang agak tertunggu-tunggu juga hari tersebut. Tetapi apa yang lebih ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga ialah hari selepas itu kerana kami akan bercuti panjang. Horey! Tidak sabar rasanya ingin keluar dari Bandaraya Johor Bahru yang penuh sesak dengan warga asing. Tidak sabar juga untuk meninggalkan bandaraya yang sangat menguji kesabaran ini.

Walaupun bercuti, sebenarnya program kami agak padat dan memerlukan perancangan yang agak teliti. Aktiviti cuti kami bermula dengan rewang untuk kenduri kahwin sepupu encik suami, sayangnya kami tidak dapat tunggu sehingga majlis kerana perlu menemani umi ke majlis konvokesyen adik keempat saya pula. Kemungkinan kami akan berada di Nilai selama 3 hari sebelum menyambung perjalanan ke kampung saya di Kelantan pula.

Jadual aktiviti semasa di kampung pula belum difikirkan lagi. Setakat ke Nilai pun saya sudah rasa tertekan dan sakit kepala. Biarlah dahulu. Mudah-mudahan segala perancangan dan perjalanan kami dipermudahkan dan di Rahmati oleh Ya Rahman Ya Rahim. Aamiin. Semoga semuanya berjalan lancar nanti. In shaa Allah.

Rabu, 20 November 2013

e-Book Panduan Berpantang Tradisional Moden

Tinta pengarang
Assalamulaikum w.b.t. Alhamdulillah akhirnya Ebook 30 tips sihat hamil dan pantang sampai juga ke titik akhir. Ebook ini tumpuannya adalah bagi para ibu dan bakal ibu mendapatkan panduan sihat dan cergas semasa hamil dan pantang. Dimuatkan informasi padat agar pembaca mendapat gambaran yang tepat isu-isu pemakanan dan kesihatan ketika tempoh bersalin, berpantang dan selepas pantang.

Antara isu kritikal adalah bagaimana penjagaan dalam tempoh rawat dan rehat ini membantu ibu mengembalikan semula kesihatan, juga penjagaan terbaik sepanjang tempoh tiga fasa ini. Oleh itu tiga fasa penting, semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang adalah tempoh rawat dan rehat untuk wanita mengembalikan kesihatan dan kecergasan. Tip-tip yang dimuatkan adalah ringkasan dan mudah difahami untuk dipraktik.

Panduan kesihatan selepas pantang juga antara info yang dimuatkan iaitu pemakanan dan strategi diet sihat selepas melepasi fasa hamil dan pantang. Diharapkan ibu dan bakal ibu mendapat kesihatan terbaik untuk tempoh ‘rawat dan rehat’.
Ebook ini juga adalah kesinambungan daripada beberapa lagi manuskrip yang bakal menyusul.

E-Book Belajar Asas Blog

Sudah terbit, miliki sekarang!


RM50 sahaja!

Ebook Rujukan Kelas Asas Blog & Penulisan

Ringkasan Bab:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Hasil dari blog

1. Menghasilkan lebih 10 manuskrip yang diterbitkan; buku dan ebook menggunakan teknik kumpul idea dalam blog, boleh lihat senarai di sini

e-Book 101 Idea Home Based Bisnes

e-Book 101 Idea Home Based Bisnes

Pre-order Now!!!

e-Book yang bakal terbit 30 Nov 2013.
Pre-order sekarang untuk mendapatkan harga promosi RM30 sahaja.
Harga sebenar RM50 akan berkuatkuasa sebaik sahaja e-Book dilancarkan.



PRE-ORDER SEKARANG HANYA
RM 30!!!



TEMPAH SEKARANG!
Hubungi saya melalui 
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook




Pakej e-Book Persediaan Bekerja Di Rumah

Pakej e-Book Buat Suri

Pakej Persediaan Bekerja Di Rumah

Anda tercari-cari sumber rujukan untuk mula bekerja dari rumah? Akademi Bekerja Dari Rumah menawarkan pakej menarik buat anda semua.
Dapatkan Pakej Bekerja Dari Rumah  Promosi Bulan ini sahaja dengan hanya RM100 untuk dua buah e-book dan percuma satu e-book tambahan. Ya, dengan hanya RM130 RM100 sahaja anda akan mendapat 3 buah e-book yang sangat membantu anda untuk bermula bekerja dari rumah.

Pakej Promosi November

E-Book Super Wahm, Super Mom

Super Wahm, Super Mom

Ikuti kisah hidup suka duka wanita-wanita yang tabah mengharungi kehidupan dan bangkit dari kesusahan menuju kejayaan. Dapatkan e-book ini untuk mengikuti kisah-kisah wanita hebat di dalamnya. Antara kandungan e-book ini seperti berikut:
 
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2:  Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema
Bab 3:  Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad, 
3.3 Farah Hafizah  
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6  Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri 
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

E-Book Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline




Sudah terbit secara rasmi 19.1.2013! 

Tempah sekarang!




Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline



 RM50 Sahaja

Bab 1: 
• Memilih fokus produk yang sesuai contoh pilihan adalah pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun.  

• Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.

• Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
 Bab 12
Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline.

“Walaupun kita gagal sekali, atau sukar mendapatkan pinjaman bank, perlu istiqamah dan terus buat sahaja (just do it!). Jangan fikirkan apa-apa. Usahakan apa yang ada. Ini penting untuk bina reputasi dan lama-kelamaan kita akan membina kredibiliti dan kepercayaan.”Tips Ali Hassan (pemilik Butik Al-Ikhsan)- Apa sahaja yang berlaku, usahawan perlu sabar.- Perbaiki kelemahan.- Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati, biar mereka “komplen”.


Tinta Pengarang

Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2  Rangkaian industri butik
1.3  Ciri-ciri butik

Ahad, 17 November 2013

Resepi Sardin Special Mama

Teks :Siti Nadzifah
Imej :Siti Nadzifah

Siapa suka makan sardin? Biasa saya dengar orang tak suka makan sardin sebab hanyir katanya. Keluarga suami saya pun kurang gemar makan sardin termasuklah encik suami saya sendiri.

Di awal perkahwinan kami dulu, encik suami tak suka makan sardin. Tapi sekarang dah boleh makan, sardin mama sedap katanya. Tak macam yang biasa dia makan. Hehe. Rahsianya? Nanti saya kongsikan ya. Tak adalah rahsia sangat, mungkin orang lain pun masak sardin macam saya juga tapi saya nak kongsikan juga di sini. Mana tahu ada yang ingin mencuba, kan.

Sebenarnya saya sendiri kurang menggemari lauk sardin dalam tin, sebab tu saya olahkan sikit resepinya. Biasanya kebanyakan orang memasak sardin sekadar menumis bawang dan cili sahaja sebelum memasukkan sardin kan. Cara saya ni ada kelainan sikitla. Jom kita tengok resepinya ya.

Sambal sardin bersama sosej

Sabtu, 16 November 2013

Apa Itu Blog?



Teks : Siti Nadzifah
Imej : Akademi Bekerja Di Rumah

Anda suka membaca blog? Atau istilah popularnya dipanggil “blog–walking”. Mungkin ada antara kita yang masih tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan perkataan blog? Selalu membaca atau mendengar orang bercerita tentang blog, tetapi  apa sebenarnya blog? Blog boleh dianggap seperti sebuah jurnal versi online. Apa pula jurnal? 

Baiklah, secara mudahnya blog atau jurnal online ini merupakan satu cara seseorang itu berkongsi atau menulis tentang apa sahaja pendapat peribadi, artikel tentang sesuatu perkara  atau topik. Konsep blog ini seolah-olah sebuah diari yang akan dikemaskinikan setiap hari oleh penulisnya.
Blog tidak sama seperti sebuah website. Blog sebenarnya lebih senang diuruskan dan lebih mudah dibaca. Artikel terbaru dalam sesebuah blog akan berada di atas (reverse chronological order) setiap kali dikemaskini. Mudah bagi pembaca setia sesebuah blog untuk mengikuti cerita terbaru dari penulis blog kegemaran mereka.

Sesiapa sahaja boleh memiliki dan menulis blog kerana untuk membina blog tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Lebih-lebih lagi terdapat aplikasi yang sudah tersedia bagi memudahkan sesiapa sahaja membina blog sendiri. Contoh aplikasi blog yang popular adalah seperti Blogger dan juga Wordpress yang telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang mesra pengguna.


Jumaat, 15 November 2013

Sakit Kepala - Aduh Migrain Lagi!!!

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Kepala masih terasa berat berdenyut-denyut. Mata terasa senak bagaikan ada yang memicit-micit urat mata ni. Terpaksa gagahkan diri untuk bangun dan siapkan makan tengahari. Sampai bila nak terbaring je. Kasihan buah hati mama berdua yang mungkin sudah kelaparan.

Malam tadi terpaksa cuti sakit lagi. Entahlah, sekarang boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja waktunya nikmat kesihatan saya ditarik sekejap. Anggap sahaja ujian bagi saya dan saya redha. Mungkin saya ada melakukan kesilapan dan berharap agar dosa-dosa kecil terhapus bila diturunkan ujian kesakitan begini. Aamiin.

Rabu, 13 November 2013

Resepi Kek Coklat Moist Cheese Leleh

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Alhamdulillah. Berjaya juga saya siapkan kek ini istimewa buat hari lahir encik suami semalam. Mungkin ada antara kawan-kawan yang ingin cuba membuat sendiri kek ini. Jadi hari ni saya akan kongsikan resepinta di sini ya. Mudah je. Jom kita tengok resepi ya.



Selasa, 12 November 2013

Ulasan Kelas Online - Nurmazlen Mohd Johar

Protege : Nurmazlen Mohd Johar
Guru Onlie : Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)

Sumber: http://mamadhiyazahraa.blogspot.com/search/label/KELAS%20ASAS%20BLOG
TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Blog pada masa kini adalah medium utama dalam dunia internet. Pelbagai cerita kisah suka, duka, gembira, kejayaan, kegagalan, pembelajaran serta dunia perniagaan dikongsikan di blog. Tidak perlu lagi bersua muka untuk berkawan, berniaga, belajar dan bermacam-macam lagi.

Saya bermula mendekati dunia blog apabila saya cuba berniaga secara online untuk produk Shaklee. Pada mulanya, saya rasa mempelajari cara membina blog sangat payah kerana pada suatu masa dahulu saya berminat untuk membina blog untuk penulisan peribadi, tetapi hanya bertahan untuk bebrapa entry sahaja, dan akhirnya terkubur begitu sahaja.

Apabila, saya bermula untuk berniaga secara online, saya kembali mencuba membina blog sendiri dengan pegetahuan dan ilmu dari internet. Saya berjaya membinanya tetapi, tidak lah sehebat mana. Sekadar mempunyai isi tetapi tiada siapa pun yang sudi berkunjung.

Dan akhirnya, saya ditemukan dengan Khairunnisa Hamzara yang menjalankan KELAS ASAS BLOG secara online sepenuhnya. Pelbagai ilmu dikongsikan untuk memantapkan lagi cara penulisan saya dan menjadikan blog saya lebih mesra pembaca dan pelanggan. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu, semua persoalan dijawab dengan baik dan sangat membantu peserta yang menyertai kelas tersebut.

Hadiah Untuk Tersayang

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Apa khabar semua? Hari ini saya agak sibuk di rumah kerana hari ini agak istimewa bagi keluarga kami. Banyak perkara yang saya hendak lakukan hari ini. Encik suami menyambut ulangtahun kelahiran hari ini. Biasanya setiap tahun kami akan meraikan hari lahir setiap orang dalam keluarga kami sekurang-kurangnya dengan membeli sebiji kek.

Tetapi kali ini saya tidak membeli kek untuk hari lahir encik suami. Saya sudah pun belanja encik suami membeli sesuatu semasa kami keluar jalan-jalan hari tu. Walaupun tidak membeli kek di kedai, saya sebenarnya merancang untuk membuat sendiri kek kegemaran encik suami sebagai hadiah hari lahirnya tanpa pengtahuan encik suami. Nak buat surprise la konon tetapi biasanya kejutan yang saya rancang jarang menjadi. Diri sendiri teruja sangat. Awal-awal lagi dah kantoi. Hehe.

Alhamdulillah. Kek tersebut sedang dalam proses untuk di deko. Nanti dah siap saya masukkan gambar dan resepi di sini ya. Ok, saya nak pergi sambung kerja di dapur dulu.

Tara..inilah hasilnya. Kek coklat moist cheese leleh. Deko amatur cuba-cuba je.

Sampai berjumpa lagi.


Iklan :

Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 200 blog dengan 7 guru online sedang bertugas. 17 kelas secara online sedang berlangsung. Pendaftaran dibuka setiap hari. Sertai kami di sini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes. Hubungi saya melalui 
 email : sitinadzifahabdrahad@gmail.com 
sms/whatsapps : 013-9288582; 
atau boleh juga PM saya di Facebook

Isnin, 11 November 2013

Ulasan Kelas Online - Ain Akib

Review: Kata Tak Suka Blogging...



Teks: Ain Akib
Guru Online: Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)
Jujurnya, saya tidak faham mengapa orang berblogging. Apa yang menariknya pun tak tahulah. Tambah pula sekarang banyak penggunaan bahasa singkatan yang menambahkan pening untuk membacanya. Ok, ini pemikiran saya sebelum ini, waktu minda masih diselaputi ion-ion negatif dan tidak mahu berfikir jauh, hoho.
Kasihan saya, saya silap rupanya. Hanya memandang sebelah mata dan menafikan kepentingan blog. Walhal setiap kali membuat carian di google pasti akan tertera naik alamat-alamat blog dan jaringan yang menjawab semua persoalan saya. Masih lambat perasan dan buta perasaan, maafkan saya, hehe.


Sejak menggunakan telefon pintar (smartphone), saya ada mengikuti blog beberapa penulis yang saya minati. Dengan kemudahan mobil ini, akses ke internet semakin mudah dan pantas, alhamdulillah. Pada masa yang sama akses ke mukabuku juga hanya di hujung jari dan bila-bila masa sahaja.


Ahad, 10 November 2013

Permohonan Gantian Pasport / Memperbaharui Passport

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Anda sudah memiliki passport tetapi passport anda mungkin akan tamat tempoh atau mungkin juga akan kehabisan muka surat? Anda boleh memohon passport baru bagi menggantikan pasport anda itu.


Permohonan bagi membuat passport baru boleh dikemukakan melalui kaunter di Pejabat Imigresen berdekatan anda. Buku passport yang baru akan dikeluarkan bagi menggantikan passport anda.

Jika anda ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya, baki tempoh sahlaku pasport anda yang boleh dipindahkan ke pasport baru hanyalah enam bulan sahaja walaupun pasport anda masih berlaku lebih dari enam bulan (had maksima 6 bulan sahaja). Baki tempoh sahlaku hanya boleh dipindahkan ke dalam pasport baru jika memenuhi syarat-syarat berikut:

Sabtu, 9 November 2013

Biar Tak Pandai Memasak Asalkan Rajin Memasak

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Salam hujung minggu semua.

Masak apa hari ni? Saya hanya sempat masakkan kari ayam campur daging dan kacang panjang sahaja sebagai menu cinta untuk cinta hati saya hari ni. Seperti biasa kalau hari kerja petang seperti ini saya mesti siapkan sekurang-kurangnya satu hidangan cinta untuk ditinggalkan buat encik suami.

Apa yang penting bagi saya, sepulangnya buah hati saya dari kerja, dia boleh menikmati juadah dari air tangan saya walaupun saya tiada di rumah untuk melayannya makan. Begitulah rutin saya. Walaupun saya tidak berpeluang untuk memasak setiap hari kerana tuntutan waktu kerja, saya tetap akan cuba untuk menyediakan hidangan ringkas untuk keluarga.

Orang tua-tua selalu berpesan pada kaum suri supaya pikat dan tawan hati suami dengan masakan kita sendiri. Bagi saya pesanan ini banyak kebenarannya. Masakan si isteri tidak semestinya sedap setanding chef. Apa yang penting di sini ialah kesediaan si isteri menyediakan hidangan kepada keluarga dengan penuh kasih sayang dan cinta. Seorang suami yang penyayang dan mencintai isterinya tentunya sangat menghargai usaha isterinya memasak untuk dirinya.

Passport Rosak

Teks : Siti Nadzifah
Imej Google


Eh, ada ke passport rosak? Ya, passport akan dikategorikan sebagai rosak jika :
  • basah
  • diconteng / terconteng
  • dikoyak / terkoyak
  • dibakar / terbakar
  • dimakan anai-anai / serangga
  • gambar pudar / luntur
  • butiran dalam passport dipinda
  • mukasurat passport kurang / hilang
  • rosak akibat kebakaran (perlu laporan pihak bomba)
 Jadi, jagalah passport anda baik-baik ya. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan passport anda. Elakkan dari terkena hujan atau air. Kalau menaiki motosikal, tolonglah simpan passport anda baik-baik dan jangan sampai basah terkena hujan.

Kami di pintu kawalan keluar masuk sudah geli dengan passport yang berkulat dan hapak kerana lembap. Ada juga sesetengah pelawat yang bekerja sebagai buruh di Singapura tidak menjaga passport mereka dengan baik. Kebanyakan passport mereka diselaputi dengan serbuk simen dan bermacam kotoran lagi.

Permohonan gantian pasport yang rosak

Jumaat, 8 November 2013

Kes Kehilangan Passport Malaysia Antarabangsa

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google
Update terbaru :  1 Nov 2013 (www.imi.gov.my)


Pada entri yang lepas saya ada kongsikan apa yang perlu dibuat jika anda kehilangan passport. Entri tersebut berpandukan maklumat yang saya perolehi dari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang mana dikemaskini pada tarikh 7 Mac 2012.

Di sini saya akan kongsikan prosedur baru tentang apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kehilangan Passport Malaysia Antarabangsa mengikut maklumat yang telah dikemaskinikan di website imigresen bertarikh 1 Nov 2013.

Apa yang anda akan dapat melalui Kelas Asas Blog dan Fanpage (Bisnes)

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Puan Masayu Ahmad

Kelas asas blog dan Fanpage (bisnes)
Kelas ini adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes online tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula.
Bagi yang sudah mempunyai produk pula, anda akan belajar bagaimana melakukan promosi dan membina blog jualan untuk produk anda.
Namun begitu, jika anda mahu menceburi bidang bisnes online tetapi masih tidak mempunyai produk, jangan risau. Pihak kami menyediakan program dropship
untuk anda. Antara produk dropship kami ialah, buku dari penerbit terkenal, produk digital (e-book),
produk sunnah, kelas asas blog, agen pengiklanan dan in shaa Allah produk akan bertambah dari semasa ke semasa.

Apakah objektif utama kelas ini ialah :

1) Berkongsi ilmu berkenaan bisnes online terutamanya Fanpage, blog dan sebagainya.
2) Membantu anda membina kedai online dan memberikan latihan asas urusniaga secara online terutamanya bagi yang baru bermula.
3) Membantu anda menyertai jaringan network bersama blogger-blogger lain di mana akan membantu aliran trafik ke blog anda dan memudahkan proses promosi anda.


Apa yang anda akan pelajari dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Apa yang anda akan dapat melalui Kelas Asas Blog dan Penulisan ini?

Teks : Siti Nadzifah
Imej :Puan Masayu Ahmad

Apa yang anda akan dapat melalui kelas asas blog dan penulisan ini?

Anda akan dapat membina blog peribadi untuk berkongsi minat, pengalaman dan kepakaran anda.
Anda juga akan dapat membina rangkaian sendiri di samping menambah followers dan pembaca setia.

Kita semua tentunya mempunyai keunikan masing-masing, anda boleh berkongsi pengalaman dan menyerlahkan bakat anda dengan menulis di blog.

Anda ingin berblogging tetapi tidak mahir menulis?
Jangan risau, kami akan bantu dan pantau perkembangan penulisan anda dari semasa ke semasa.
Anda akan mendapat pendedahan dan mempelajari cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca.

Khamis, 7 November 2013

Resepi Sosej Roll Tepung Magik

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Siti Nadzifah

Hari ini baru berkesempatan nak memasukkan resepi ni kat blog. Baru je balik dari jalan-jalan sempena hari off. Jom layan resepi mudah, cepat dan sedap ni.

Sosej Roll Tepung Magik dah siap sedia dalam bekas bekalan
Bahan-bahan :

 Roti keping
 Sosej
 Telur
 Sedikit gula
 Sedikit Tepung Magik
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan air untuk dijadikan gam


Rabu, 6 November 2013

Dropship - Bisnes Tanpa Modal

Pertama kali saya mendengar bisnes tanpa modal, saya tidak percaya. Ada ke? Jangan-jangan tipu atau bikin gempak je. Kemudian saya mula mencari maklumat berkaitan sehinggalah saya menemui istilah "dropship".

Apa itu dropship? Apa maksud dropship? Asing benar perkataan itu pada saya. Setelah mengkaji dan membaca berkenaan dropship, ini yang saya temui, kebanyakannya saya rujuk di internet. Barulah saya mula faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan dropship ini.

Dropship merupakan salah satu daripada cabang bisnes online. Apa yang istimewa tentang bisnes secara dropship ini ialah anda tidak perlu menyimpan stok barang. Anda juga tidak perlu bersusah payah membungkus dan mengeposkan barang yang dijual. Semua tugas-tugas tersebut akan diuruskan oleh pihak pembekal.

Selasa, 5 November 2013

Hari Penuh Aktiviti

Salam ceria buat semua

Mencuri sedikit waktu rehat untuk berceloteh di sini. Alhamdulillah, kerja hari ni tidak terlalu memenatkan memandangkan tidak ramai pelawat seperti selalu. Biasanya waktu seperti ini merupakan antara waktu sibuk di tempat kami. Bolehlah kami berehat sedikit setelah menempuh syif yang amat sibuk pada syif lepas sempena cuti umum Deepavali.

Namun begitu, hari off semalam merupakan hari sibuk buat saya. Bermula selepas bersarapan dengan encik suami, saya memulakan tugas suri. Kebetulan pula dua orang adik saya berkunjung ke rumah sempena cuti semester.

Sambil memasak, curi-curi masa menggosok uniform encik suami. Selesai memasak serba ringkas untuk santapan tengahari, saya bergegas bersiap pula. Ada urusan yang perlu diselesaikan segera di pejabat KWSP. Selesai sahaja menjamu selera beramai-ramai, saya dan encik suami pergi ke pejabat KWSP. Anis kami tinggalkan di rumah bersama makcik dan pakciknya.

Sepanjang perjalanan ke sana, pelbagai persoalan bermain di fikiran saya.

Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Salam Maal Hijrah 1435 buat semua.

Kita baru sahaja melangkah masuk ke tahun baru hijrah 1435. Sekejap sahaja masa berlalu. Bagaimana dengan azam kita untuk tahun sudah? Didoakan semoga kita semua berjaya mencapai apa sahaja cita-cita dan azam yang dimpikan pada tahun lepas. Marilah kita sama-sama menyemai azam baru dan jadikan target  untuk dicapai pada tahun ini pula.

Sama-samalah kita berazam untuk menambah nilai yang lebih baik dalam kehidupan seharian kita. Berimpianlah. Tidak salah mempunyai impian. Asalnya impian menjadi cita-cita. Kemudian berusahalah untuk mencapai cita-cita itu. Sesungguhnya cita-cita tanpa usaha hanyalah angan-angan kosong.

Janganlah kita menjadi seperti Mat Jenin. Pandai berangan-angan tetapi tidak berusaha. Akhirnya apa pun tidak menjadi. Jadi apa kata, kita mencabar diri mencuba sesuatu yang baru. Mulakan dengan berimpian dan menyemai azam untuk lebih berjaya sebagai seorang mukmin yang sukses.
Sama-samalah kita berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Baik dari segi duniawi mahupun akhirat. In shaa Allah.

Apa azam anda untuk tahun baru hijrah ini? Mahukah anda berhijrah ke arah kehidupan yang lebih selesa dan fleksibel?




Jom sertai kami untuk langkah pertama.
Kami menawarkan dua kelas yang akan membantu anda bermula.

Daftar sekarang :
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Blog dan Fanpage Bisnes.

Hubungi penulis untuk mendaftar ya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan saya di sini.

Sampai berjumpa lagi.  (^_^)


Ahad, 3 November 2013

Senaraihitam Oleh Jabatan Imigresen

Apa yang boleh menyebabkan seseorang itu disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia? Seseorang yang telah disenaraihitamkan (blacklisted) oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan menghadapi masalah untuk memohon pasport. Bagi yang sudah memiliki pasport pula, kemudahan untuk ke luar negara akan disekat.



Sila dapatkan maklumat daripada pegawai yang menerima permohonan pasport tersebut kenapa nama anda telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Sabtu, 2 November 2013

Catatan Guru Kelas Online

1. Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah)



Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks : Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah)

Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.


Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.


Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.


Dua sumber utama pendapatan adalah

Jumaat, 1 November 2013

Deepavali Di Hujung Minggu

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Alhamdulillah. Sedapnya bila dapat berbaring merehatkan badan yang letih. Nikmatnya tidak dapat digambarkan. Saya baru sahaja balik dari kerja petang. Masuk petang tadi hinggalah tamat tugas pukul 10 malam tadi.

Saya bertugas di bahagian penumpang bas hari ini. Dari mula masuk kaunter pukul 2.45 petang (hari Jumaat kami mula syif petang lewat sedikit) hinggalah balik tadi pelawat tidak putus-putus. Bermula pukul 8 malam barisan di setiap kaunter sudah tidak nampak hujungnya.

Pada setiap hujung minggu, begitulah meriahnya tempat pemeriksaan kami dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia dari seluruh pelosok dunia. Macam-macam bangsa ada. Kadang-kadang boleh terjumpa pelawat dengan pasport yang nama negaranya pun saya tidak pernah dengar. Masih cetek lagi pengetahuan ni rupanya.

Esok pula hari cuti umum sempena perayaan deepavali, saya bertugas syif pagi dan malam. Biasanya setiap tahun, inilah waktu kemuncak kesesakan di setiap bahagian pemeriksaan di tempat kami. Biasanya dari masuk kerja pagi hingga ke petang, lepas tu sambung lagi syif malam. Memang makan jammed tak habis-habis.

Saya masih ingat lagi,

Sakit Kepala

Teks : Siti Nadzifah
Imej : Google

Salam subuh buat semua.

Encik suami baru sahaja bertolak ke tempat kerja. Disebabkan saya mengalami sakit kepala yang agak teruk malam tadi, encik suami terpaksa menumpang kawan memandangkan bas jabatan masih lagi tidak beroperasi. Biasanya saya akan menghantar encik suami kalau ketiadaan bas tetapi untuk kerja syif pagi sahaja.

Petang semalam saya sudah mula rasa kurang sihat. Selepas encik suami pergi kerja, kepala saya mula berdenyut-denyut. Namun saya gagahkan juga untuk mengemas dapur dan melayan Anis makan. Selepas solat asar, saya sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Saya cuba berbaring dan melelapkan mata sekejap setelah menelan ubat.


Namun, begitu susah hendak melelapkan mata. Mata juga sudah mula rasa berdenyut. Anis kehairanan melihat saya. Dia datang bertanya, mama kenapa. Bila diberitahu mama sakit kepala, dia pun memicit kepala saya dengan tangan kecilnya. Walaupun tidak dapat mengurangkan rasa sakit, tapi rasa kasih sayang seorang anak kecil begitu menyentuh hati saya. Saya berdoa dalam hati, "Ya Allah, mudah-mudahan kasih sayang anakku ini berkekalan sampai bila-bila. Aamiin."

Sakit kepala ini berlarutan hingga ke malam.